Tuesday 10 January 2017

SEBAB- SEBAB PENGAUDITAN DILAKSANAKAN

SEBAB- SEBAB PENGAUDITAN DILAKSANAKAN
Audit adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan dan memberi pandangan ke atas kebenaran dan kesamaan penyata kewangan tersebut. Audit juga adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan supaya ianya disediakan mengikur pawaian perakaunan yang diluluskan dan  juga kehendak yang tercatat di Jadual 9 Akta Syarikat. Tujuan audit dilakukan adalah pemeriksaan dan kajian ke atas penyata kewangan syarikat untuk memperolehi bukti audit yang akan dinilai oleh seseorang juruaudit.
            Mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 167, semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia mesti menyimpan sebarang penyata akaun yang mnegandungi rekod hasil, perbelanjaan dan transaksi perniagaan dengan teratur dan baik. Seksyen 167(1) mengkehendaki akaun syarikat perlu diaudit bagi setiap tahun kewangan. Di Malaysia, juruaudit bebas menjalankan audit penyata kewangan syarikat mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan. Kegagalan syarikat mematuhi Seksyen 167(1), akan dikenakan kompaun sebanyak RM4,400. Audit tidak boleh dilaksanakan jika tiada penyata kewangan dari pihak syarikat.
            Bagi syarikat yang baru ditubuhkan audit, maka audit perlu dilakukan dalam tempoh maksima 18 bulan (1 tahun 6 bulan). Manakala bagi syarikat yang sudah menjalankan operasi seperti biasa, syarikat perlu diaudit dalam tempoh 12 bulan bagi setiap tahun tutup perakaunan.

SEBAB-SEBAB PENGAUDITAN
Dibawah Akta Syarikat 1997, pengauditan perlu dilaksanakan di atas sebab-sebab berikut:
·         Mematuhi Seksyen 167
·         Mengemukakan ‘Annual Return’ dan bagi mengadakan ‘Annual General Meeting’.
·         Bagi pengiraan kewangan syarikat dan penyerahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
·         Serah simpan borang cukai (Borang C & R)
·         Laporan Audit diperlukan bagi tujuan pemeriksaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Seksyen 9-Akta Syarikat 1965
Dibawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 9 menetapkan bahawa hanya ‘juruaudit yang diluluskan (mempunyai kelulusan dan kemahiran menjalankan tugas)’ dibenarkan menjalankan tugas juruaudit.

Penyata kewangan
Setiap syarikat bertanggungjawab menyediakan akaun-akaun yang lengkap seperti berikut untuk diaudit:
·         Penyata pendapatan untung & rugi (statement of comprehensive income)
·         Kunci kira-kira (statement of financial position)
·         Lejam am
·         Jadula-jadual seperti jadual aset, penghutang dan sebagainya.
Seksyen 167(2)- Akta Syarikat 1965
Syarikat hendaklah menyimpan rekod-rekod untuk tempoh 7 tahun selepas siap transaksi.

Seksyen 172- Akta syarikat 1965
Seksyen 172 memperuntukkan setiap syarikat yang ditubuhkan mesti melantik Juruaudit Bebas. Juruaudit Bebas yang dilantik akan memegang jawatan sehinga tamat Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya.




MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AUDIT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

JENIS-JENIS PERCUKAIAN

Hasil cukai adalah hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat berasaskan perundangan yang diluluskan oleh Parlimen. Hasil cukai diklasifikasikan kepada cukai langsung  dan cukai tidak langsung. Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan dan kekayaan mengikut akta-akta yang diluluskan seperti Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh cukai-cukai tersebut adalah cukai pendapatan, cukai sewa filem, duit harta pusaka, duti setem dan cukai ke atas keuntungan hartanah. Cukai-cukai ini ditadbir dan dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDM).
Dalam tahun 2007, jumlah cukai pendapatan yang dikutip adalah sebanyak RM65, 658 juta iaitu 47% dari jumlah hasil yang terdiri daripada komponen utamanya iaitu cukai pendapatan syarikat sebanyak RM32, 149 juta, cukai pendapatan individu sebanyak RM11, 661 juta dan cukai pendapatan petroleum sebnayak RM20, 149 juta. Cukai pendapatan syarikat ini adalah meningkat sebanyak RM5,672 juta (21%) dari tahun 2006. Jumlah cukai langsung yang lain bagi tahun 2007 adalah duti setem sebanyak RM3,404 juta dan cukai ke atas keuntungan hartanah sebanyak RM278 juta.
Cukai tidak langsung pula adalah cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas individu dan cukai ini hanya dikenakan apabila seseorang individu membeli atau menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contoh cukai tidak langsung adalah duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jalan dan cukai perkhidmatan ditadbir dan dikutip oleh Jabatan Kastam Dan Diraja manakala cukai jalan dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. jumlah kutipan cukai tidak langsung bagi tahun 2007 adalah sebanyak RM25,772 juta iaitu sebanyak 3% berbanding tahun 2006. Komponen utamanya adalah terdiri daripada duti eksport sebanyak RM2,332 juta, duti import sebanyak RM2,424 juta, duti eksais sebanyak RM7,910 juta, cukai jualan sebanyak RM6,642 juta dan cukai perkhidmatan sebanyak RM3,013 juta. Hasil cukai adalah penyumbang terbesar kepada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan iaitu 68% (RM95,168 juta) berbanding jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM139,885 juta pada tahun 2007.
Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip dari perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat. Hasil bukan cukai termasuklah kenaan bayaran daripada kelulusan permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan barang dan harta, sewa dan hasil dari pelaburan. Kadar-kadar bayaran yang dikenakan adalah berasaskan kepada akta-akta tertentu yang diluluskan di Parlimen. Jumlah hasil bukan cukai yang dikutip dalam tahun 2007 adalah sebanyak RM43,950 juta iaitu 31% daripada jumlah keseluruhan hasil. Berbanding dengan tahun-tahun 2006 dan 2005 jumlah hasil bukan cukai adalah sebanyak RM36,005 juta dan RM25,052 juta masing-masingnya.
Terimaan bukan hasil terdiri dari semua pulangan balik perbelanjaan. Contohnya terimaan daripada kumpulan wang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih dan bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Hasil Wilayah Persekutuan pula adalah terdiri dari hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah Persekutuan. Contohnya adalah hasil daripada kedai tuak, hasil daripada tanah, lombong dan hutan dan hasil daripada lesen-lesen. Pada tahun 2007, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan hanya menyumbang sebanyak 1% kepada jumlah hasil negara iaitu sebanyak RM767 juta. Berbanding pada tahun 2006 jumlahnya adalah RM911 juta dan RM657 juta pada tahun 2005.
Hasil Kerajaan Persekutuan datangnya dari segala hasil dan pendapatan kecuali zakat, fitrah dan hasil Baitulmal yang lain. Pengurusan jenis-jenis hasil yang diterima perlu lebih efisien supaya jumlah tunggakan hasil tidak bertambah dari semasa ke semasa. Amnya, Kerajaan telah mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah tunggakan hasil dengan mengemas kini peraturan semasa. Oleh yang demikian, pemungut perlu mengurus dan mentadbir tunggakan hasil yang ada kini dengan mematuhi undang-undang dan peraturan semasa bagi menjamin peningkatan hasil negara dan berkurangnya tunggakan hasil.


MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Wednesday 14 December 2016

PELAKSANAAN CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

PELAKSANAAN CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (GST)  

Cadangan asal pelaksanna GST mula diperkenal dan dipertimbang oleh kerajaan pada tahun 1988. Seterusnya, cadangan pelaksanaan untuk mengganti system cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri Kelima. Pelaksanaan cukai ini dicadangkan untuk dikuatkuasa bermula 1 Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula system percukaian Negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia bertujuan untuk menjadikan system percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara. Cadangan pelaksanaan ini juga terpaksa ditangguh pada tahun 2006.
Perdana Menteri Keenam, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bn Tun Haji Abdul Razak mengumumkan kembali pelaksanaan GST pada 15 Oktober 2013 yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST merupakan sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga dijangka akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan dan pelaksanaan penuh cukai ini akan dikenakan pada 1 April 2015.
GST adalah cukai penggunaan dan ia beraasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST dan jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan. GST merupakan konsep cukai yang dikenakan pada setiap peringkat barangan dan perkhidmatan bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali pengguna dan kadar GST sebanyak 6% dikenakan pada peringkat tersebut. Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.
Dalam konteks struktur GST, ia merupakan sistem  cukai yang berpaksikan prinsip keadilan apabila GST hanya dikenakan pada syarikat berskala besar seperti pengilang atau pemborong tetapi ia dikecualikan kepada peniaga kecil yang nilai ambang yang tidak melebihi RM500,000 setahun. Manakala syarikat atau perniagaan yang berpendapatan melebihi RM500,000 setahun, maka mereka boleh mendapatkan rebat atau menebus kos percukaian yang dikenakan oleh kerajaan pada berakirnya tahun semasa. Selain itu, elemen cukai pada paras minimum juga diraikan dalam sistem GST apabila cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini agak tidak tersusun dan mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu. Ini kerana sistem cukai ini sering kali mengakibatkan cukai atas cukai sehingga membebankan para pengguna.
Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan dalam pelaksanaa GST. Ia merangkumi pengangkutan penumpang, perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta, perkhidmatan pendidikan dan latihan oleh institusi pendidikan swasta serta kantin di sekolah rendah dan menengah. Selain itu,bekalan tanah dan rumah kediaman termasuk rumah kos rendah dan sederhana, jual beli dan sewa atau pajak tanah pertanian dan tanah bagi kegunaan awam. Antara kategori barang makanan yang tidak dikenakan GST pula terdiri daripada beras dan padi, gula, tepung, minyak masak, garam, sayur-sayuran, rempah ratus, binatang hidup, daging binatang dan organ dalaman, ikan dan isi ikan, kerang-kerangan dan telur burung.
Bagi perkhidmatan utiliti yang tidak dikenakan GST pula merangkumi bekalan elektrik kepada pengguna domestik untuk 200 KWH yang pertama dan bekalan air kepada pengguna domestik 35 meter padu yang pertama. Manakala, bagi barangan yang dikenakan cukai GST pula, kebanyakannya bukan terdiri daripada barang keperluan asasi seperti barang kosmetik, barangan elektrik dan elektronik, bahan mentah sektor pembinaan, perabot siap dan lain-lain. Barangan seumpama ini merupakan barangan yang dikategorikan dalam kelompok keperluan atau kehendak serta pelengkap.
Kesimpulannya, GST merupakan satu sistem percukaian komprehensif yang mengambil kira pelbagai aspek dan selaras dengan ajaran Islam yang menuntut kepada keadilan tanpa mendatangkan kemudaratan dan bebanan kepada masyarakat. Walaupun pengenaan cukai ini adalah lebih menyeluruh dan bersepadu, namun pelaksanaannya juga perlu mengambil kira kadar kemampuan golongan pertengahan dan bawahan. Ini kerana golongan ini akan lebih merasai impaknya berbanding golongan kaya. Pelbagai inisiatif dan bantuan harus diwujudkan kepada mereka agar pertumbuhan ekonomi negara bergerak seiring dengan kemajuan masyarakat.


MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGIRAAN GST DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Tuesday 13 December 2016

TUGAS SETIAUSAHA SYARIKAT DALAM TADBIR URUS KORPORAT

TUGAS SETIAUSAHA SYARIKAT DALAM TADBIR URUS KORPORAT
SEPERTI mana yang diketahui, setiap syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang atau lebih setiausaha syarikat. Ini menunjukkan pentingnya peranan setiausaha syarikat bagi memastikan syarikat serta pengarah dan pegawai mematuhi peruntukan perundangan dalam mencapai matlamat perniagaan masing-masing. Sebelum melihat lebih jauh, adalah baik diterangkan secara terperinci Kod Etika Setiausaha Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdasarkan kepada prinsip-prinsip ketelusan, integriti, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban.
Dalam menjalankan tanggungjawab, seseorang setiausaha syarikat hendaklah sentiasa mematuhi kod etika di atas yang di antara lainnya menggariskan:-
  1.     Berusaha bersungguh-sungguh ke arah profesionalisma yang kompeten dan pada setiap masa mempamerkan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan kewajipan jawatannya
  2.   Sesungguhnya, pada setiap masa melaksanakan kuasanya dengan suci hati, bertindak dengan bertanggungjawab, jujur serta berhati-hati dan penuh ketekunan di dalam menunaikan kewajipan jawatannya;
  3. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan syarikat serta kuasa dan sekatannya seperti yang diperuntukkan di dalam Memorandum dan Perkara-Perkara Persatuan syarikatnya;
  4. Mempunyai pengetahuan mengenai peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah mesyuarat, khususnya kehendak-kehendak mengenai korum, pengundian dan peruntukan-peruntukan berkaitan proksi dan bertanggungjawab untuk mentadbir mesyuarat dengan teratur;
  5.  Mengamalkan sikap yang objektif dan positif serta memberi kerjasama sepenuhnya demi kebaikan bersama apabila berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan-badan yang mengawal selia;
  6. Memberitahu ahli lembaga pengarah atau pegawai awam yang sewajarnya apa-apa maklumat diketahuinya, yang dia dengan jujur mempercayai bahawa sesuatu penipuan sedang atau akan dilakukan oleh syarikatnya atau oleh mana-mana pengarah atau kakitangan syarikatnya;
  7. Membantu dan menasihati pengarah-pengarah bagi memastikan bahawa pada setiap masa syarikatnya menyenggara suatu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyimpan daftar-daftar dan rekod-rekod perakaunan yang sepatutnya;
  8.  Sentiasa bersikap saksama dalam hubungannya dengan pemegang saham, pengarah dan tanpa berat sebelah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengarah dan syarikatnya mematuhi perundangan yang berkaitan, tanggungjawab kontrak dan kehendak lain yang berkaitan;
  9.   Menasihati lembaga pengarah syarikatnya supaya tidak menerima pakai polisi yang bertentangan dengan kepentingan stakeholder syarikat;

Pematuhan kod kelakuan di atas dapat membantu setiausaha syarikat menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan cekap dan efisien. Ia juga akan meningkatkan piawaian pentadbiran korporat dan menanamkan semangat profesionalisma dan keberkesanan tugas di kalangan setiausaha syarikat.
Selain itu, SSM juga telah memperkenalkan Kod Etika Pengarah sebagai usaha mewujudkan satu garis panduan kepada para pengarah di dalam menjalankan tugas serta cara-cara meningkatkan prestasi dan nilai syarikat. Sebagai penasihat kepada ahli lembaga pengarah, setiausaha syarikat perlu arif tentang kod etika ini yang menggariskan prinsip yang perlu dipatuhi oleh pengarah syarikat di dalam mentadbir syarikat.
Sebagai setiausaha syarikat yang berwibawa, mereka bukan sahaja perlu mengetahui serta memahami kandungan kod etika tersebut, malah perlu mendidik ahli lembaga pengarah mengenai prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Selain daripada dua kod etika yang perlu difahami dan diikuti seperti di atas, setiausaha syarikat juga perlu memahami serta mendalami aplikasi Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang menggariskan kaedah tadbir urus korporat yang efisien.
Di Malaysia, melaksanakan tadbir urus korporat yang tinggi piawainya adalah merupakan satu "trend" yang semakin diterima umum. Pembaharuan yang telah dilakukan sekarang ini adalah tepat dan berada pada landasan yang betul. Malah, sekarang ini wujud kesedaran yang tinggi di kalangan sektor korporat mengenai kepentingan tadbirurus yang baik. Pada masa yang sama cadangan telah dibuat untuk melindungi setiausaha dan pegawai syarikat dari tindakan tidak adil oleh pengarah yang tidak beretika.
Ini akan membolehkan, setiausaha syarikat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan teratur berpandukan kepada Kod Etika yang sedia ada dan berlandaskan amalan tadbir urus korporat yang terbaik di samping pemahaman yang mendalam mengenai Akta Syarikat 1965 serta lain-lain perundangan berkaitan. Ini akan menggalakkan pengarah, setiausaha syarikat dan pegawai syarikat bekerjasama antara satu sama lain, berganding bahu untuk mencapai matlamat kewangan organisasi masing-masing dan menambah nilai pemegang saham.


MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN KAWASAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT. 

Thursday 8 December 2016

KEPENTINGAN PERANCANGAN KEWANGAN

                     KEPENTINGAN PERANCANGAN KEWANGAN

Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kalau sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu? Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh memperuntukkan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bersuka ria. Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa hadapan!
Dengan merancang kewangan, anda berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. anda juga dapat mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan kepada orang lain. Selain itu, anda juga akan bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup dan mampu menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang.
Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya. Hebat? Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perancangan kewangan? Kalau mengikut definisi buku, ia adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.
Secara praktikal, perancangan kewangan adalah segala yang berkaitan dengan mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti berkahwin, membeli asset seperti kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita. Melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Selain itu juga, ia adalah panduan untuk membantu anda mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan. Tapi lazimnya, rakyat Malaysia masih belum diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Kita harus akui bahawa dalam pendidikan formal di Malaysia, subjek tentang kewangan peribadi masih belum dilaksanakan secara menyeluruh.
 Natijahnya ramai rakyat Malaysia yang telah bekerja mengalami masalah kewangan terutamanya berkaitan tentang perbelanjaan dan hutang sedangkan separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart) di mana 4 orang ahli keluarganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Merancang kewangan adalah satu proses dan strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.
Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Merancang perbelanjaan dengan bijak dapat menyelamatkan kita daripada mengalami krisis kewangan. Tanpa perancangan yang rapi banyak perkara yang tidak dapat kita melakukannya dengan baik. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin bersara awal dengan harga barang keperluan seharian semakin meningkat. Jika kita tak menyimpan duit sekarang, mana datangnya duit itu esok hari? Kemudian ada yang beranggapan akan mati awal selepas bersara
Tiada siapa yang mampu meramal ajal dan maut bukan?. Jika masih tak bersedia untuk buat persediaan untuk orang yang akan terus hidup selepas kita tiada, bagaimana mereka meneruskan kehidupan jika hari esok tak ada simpanan? Bayangkan, jika anak-anak yang di tinggalkan masih kecil? Jika keadaan terdesak, adakah mereka akan membuat pinjaman daripada individu yang tak bertauliah? Selalunya kita beranggapan, bila hari itu tiba, pandai-pandai lah mereka teruskan kehidupan.

UNTUK PENDAFTARAN LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF), PEMBAHARUAN DAN STATUS BUMIPUTRA SILA HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.


Wednesday 7 December 2016

KEPENTINGAN CUKAI KEPADA RAKYAT DAN NEGARA

KEPENTINGAN CUKAI KEPADA RAKYAT DAN NEGARA
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh sesuatu kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. Cukai yang dikutip ini dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi.
Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati balik oleh kita sebagai rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikenakan ialah diri kita sendiri.
Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah negara. Antara tanggungjawab kerajaan – yang memerlukan pendapatan dari cukai – ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?
Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan tersebut. Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
Peniaga tempatan akan mendapat keuntungan apabila barangan import dikenakan cukai – ini kerana ia  akan menggalakkan pengguna untuk memilih barangan tempatan yang lebih murah. Ini adalah satu strategi perdagangan yang penting yang digunakan oleh negara-negara di seluruh dunia dalam menjaga kepentingan rakyat tempatan. Satu lagi kebaikan cukai ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan seperti minuman keras, rokok dan perjudian. Beban cukai ke atas barangan-barangan ini adalah untuk memastikan aktiviti tidak sihat seperti meminum minuman keras, merokok dan berjudi akan dapat dikawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
Selain itu, cukai yang dikenakan ke atas barangan-barangan ini juga boleh digunakan ke arah aktiviti pemulihan, alam sekitar dan pelbagai kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat. Berdasarkan prinsip yang sama, kerajaan Malaysia memberi pelepasan cukai ke atas pembelian buku untuk menanamkan sikap rajin membaca di kalangan rakyat. Dengan adanya sistem percukaian, kerajaan mampu untuk membentuk masyarakat dan memupuk aktiviti sihat di kalangan rakyat.
Di negara kita, hampir 70 peratus daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai. Cukai ini boleh di kelaskan kepada cukai langsung dan cukai tak langsung. Cukai langsung merupakan cukai yang kita sebagai rakyat bayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan. Contoh cukai langsung yang paling ketara adalah seperti cukai pendapatan dan urusan hal ehwal cukai pendapatan ini ditadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sekiranya kita layak dikenakan cukai pendapatan, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi. Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah cukai pendapatan yang kita kena bayar.
Cukai tak langsung pula adalah cukai yang tidak dibayar terus atau langsung kepada pihak kerajaan. Cukai tak langsung ini kita bayar kepada sesebuah kedai atau entiti perniagaan dan entiti perniagaan ini kemudiannya akan membayar cukai ini kepada pihak kerajaan. Contoh cukai tak langsung adalah seperti cukai perkhidmatan dan juga cukai jualan. Urusan cukai perkhidmatan dan juga cukai jualan ini ditadbir oleh pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia. Sebagai contoh, apabila kita menginap di sesebuah hotel atau makan di kedai kedai tertentu dan apabila kita membuat bayaran dan memperoleh resit bayaran, akan tertera di atas resit bayaran tersebut perkataan cukai perkhidmatan enam peratus.
Cukai ini kita bayar kepada hotel tersebut dan hotel tersebut kemudiannya akan membayar cukai perkhidmatan ini kepada pihak kerajaan. Cukai jualan pula merupakan cukai yang dikenakan ke atas pengilang yang mengilang barangan dan juga keatas pegimport yang mengimport barangan. Kebanyakan barangan yang dikenakan cukai jualan adalah pada kadar 10%. Contoh barangan yang dikenakan cukai jualan adalah perabot, peti ais, televisyen, baju, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan. Kita sebagai pengguna tidak tahu yang barangan ini telah dikenakan cukai jualan sebab ia tidak dinyatakan kepada kita. Cuma elemen cukai jualan ini telah diambil kira sebagai kos apabila para peniaga menetapkan harga jualan barangan tersebut. Kita perlu faham yang hampir kebanyakkan barangan yang kita beli sekarang telah pun dikenakan cukai jualan.
Sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai banyak kelemahan dan kerajaan kehilangan banyak hasil disebabkan oleh kelemahan ini. Sebagai satu langkah reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil telus dan efisien pihak kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan cukai barang dan perkhidmatan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Goods and Services Tax’ (GST).

Cukai barang dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan di dalam konteks ekonomi moden. Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan dan Malaysia juga  dijangka akan turut memperkenalkan cukai ini tidak lama lagi. Dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan ini, negara akan melangkah setapak lagi ke arah status negara maju dan rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien.

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.



Apa itu Audit Cukai?

1. Apa itu Audit Cukai?
Audit ialah pemeriksaan akaun perniagaan termasuk kewangan pembayar cukai bagi menyemak sama ada cukai telah dilapor dan dibayar mengikut jumlah secukupnya dan undang-undang serta peraturan percukaian dipatuhi sepenuhnya.
LHDN menjalankan 2 jenis audit, iaitu audit meja dan audit luar.
•• Audit Meja
Audit meja dijalankan di pejabat LHDN. Ia melibatkan isu-isu pelarasan cukai yang mudah dan dikendalikan melalui surat menyurat. Pembayar cukai mungkin dipanggil ke pejabat LHDN untuk ditemuduga bagi tujuan mendapatkan maklumat lanjut.
• Audit Luar
Audit luar dijalankan di premis pembayar cukai. Ia melibatkan semakan rekod-rekod perniagaan dan juga rekod bukan perniagaan pembayar cukai. Biasanya pembayar cukai akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum lawatan audit luar dijalankan.
2. Bagaimana Pembayar Cukai Dipilih Untuk Diaudit
Terdapat berbagai asas dan cara bagaimana pembayar cukai mungkin dipilih untuk diaudit. Antara asas dan cara tersebut ialah:
• Pemilihan melalui analisis risiko;
• Semakan manual atas Borang Nyata Pendapatan (BNP);
• Semakan rekod pihak ketiga, biasanya melaluiaudit atau siasatan ke atas pembayar cukai   lain;
• Maklumat yang diterima dari pihak ketiga;
• Rekod penerimaan BNP yang lepas;
• Pemilihan berasaskan industri-industri tersebut;
• Pemilihan berasaskan isu-isu khusus yang sama bagi kumpulan-kumpulan pembayar cukai tertentu;
• Pemilihan berasaskan kawasan-kawasan tertentu.
Asas-asas pemilihan di atas disemak dari masa ke semasa dan LHDN tidak akan memberitahu sebab-sebab pembayar cukai dipilih untuk diaudit.
3. Bagaimana Audit Luar Dilaksanakan
3.1 Tempat Audit
Audit luar dilaksanakan dipremis perniagaan pembayar cukai. Sekiranya premis perniagaan tidak sesuai untuk menjalankan audit, pembayar cukai boleh mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai.
3.2 Permulaan Audit
Pembayar cukai yang dipilih untuk diaudit akan diberitahu melalui surat. Lazimnya pengesahan lawatan akan dimaklumkan melalui telefon terlebih dahulu. Selain dari tarikh lawatan, surat pemberitahu mencatatkan rekod-rekod yang perlu disediakan untuk diaudit serta nama-nama pegawai yang akan menjalankan tugas audit.
3.3 Lawatan Audit
Lawatan audit biasanya bermula dengan temuduga. Temuduga membolehkan pegawai audit bertemu dengan pembayar cukai dan berbincang berhubung dengan audit secara umum. Pembayar cukai akan ditanya beberapa soalan berhubung dengan aktiviti perniagaan, system perakaunan dan simpanan rekod. Dalam prosesaudit, pegawai yang mengendalikan rekod-rekod perniagaan pembayar cukai juga akan turut ditemuduga. LHDN memahami bahawa proses audit akan melibatkan masa pembayar cukai. Walau bagaimanapun LHDN mengharapkan sepenuh kerjasama pembayar cukai supaya tugas audit dapat disegerakan.
3.4 Semakan Rekod
Aktiviti utama audit ialah menyemak rekod-rekod perniagaan pembayar cukai. Panduan berhubung dengan simpanan rekod boleh diperolehi dari LHDN melalui:
• Ketetapan Umum LHDN No. 4/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Syarikat dan Koperasi)
• Ketetapan Umum LHDN No. 5/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Individu & Perkongsian)
• Ketetapan Umum LHDN No. 6/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Orang Selain Daripada Syarikat Atau Individu)
• Buku Panduan Penyimpanan Rekod Bagi Perniagaan (STS-BK 4)
Rekod-rekod ini akan disemak dipremis perniagaan dan biasanya akan mengambil masa bergantung kepada jumlah rekod-rekod yang akan disemak. Pegawai audit tidak dibenarkan menggeledah dan merampas rekod-rekod pembayar cukai. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat rekodrekod yang perlu diambil, kebenaran akan diperolehi terlebih dahulu dan rekod-rekod yang diambil akan disenaraikan. Pembayar cukai boleh menyemak rekod-rekod tersebut dan membuat salinan jika perlu. Pegawai audit hendaklah dibenarkan melihat stok dan peralatan perniagaan secara fizikal bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai.
3.5 Penyelesaian Audit dan Rayuan
Penyelesaian audit melibatkan penilaian terakhir penemuan audit, biasanya disusuli dengan temuduga untuk membincang isu-isu pelarasan cukai yang terlibat. Sekiranya tidak ada pelarasan, surat akan dikeluarkan untuk memaklumkan penyelesaian audit. Sekiranya ada pelarasan cukai, pemberitahu pelarasan cukai akan dikeluarkan memberitahu sebab-sebab pelarasan dibuat. Sekiranya tidak bersetuju dengan pelarasan tersebut pembayar cukai boleh membuat bantahan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum taksiran dibangkitkan. Jika tidak ada bantahan dalam tempoh diberi, LHDN beranggapan pembayar cukai telah bersetuju dengan pelarasan dan notis taksiran cukai dikeluarkan berserta dengan penalti di mana berkenaan. Sebarang rayuan selepas itu hendaklah dibuat melalui Borang Q kepada Pesuruhjaya Cukai Pendapatan di dalam tempoh 30 hari. Walaupun rayuan dibuat, cukai seperti yang ditunjukkan di dalam notis taksiran pindaan perlu dijelaskan terlebih dahulu.
3.6 Tempoh Audit
Tempoh masa diambil untuk mengaudit adalah tidak tetap dan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
• Saiz dan kerumitan transaksi perniagaan yang dijalankan.
• Bentuk rekod yang disimpan.
• Kerjasama yang diberi oleh pembayar cukai.
LHDN mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari pembayar cukai supaya kerja-kerja audit dapat diselesaikan dengan segera.
4. Hak dan Tanggungjawab Pegawai Audit dan Pembayar Cukai
4.1 Kerahsiaan Maklumat
LHDN akan memastikan semua maklumat yang diperolehi dari pembayar cukai melalui temuduga, perbincangan, surat-menyurat atau semakan rekod adalah rahsia dan hanya digunakan bagi tujuan cukai pendapatan. Undang-undang menghendaki pembayar cukai menjawab semua soalan dan memberi maklumat-maklumat yang diminta. Sekiranya gagal berbuat demikian pembayar cukai boleh didakwa dan jika bersalah boleh dikenakan denda.
4.2 Pegawai Audit
4.2.1 Kewajipan Pegawai Audit
Pembayar cukai boleh mengharap pegawai audit menjalankan tugas:
• Secara profesional dan bersopan;
• Berpengetahuan dan melaksanakan undang-undang percukaian dengan adil dan saksama, bersikap amanah dan jujur;
• Bekerjasama dan sedia memberi nasihat dan bimbingan kepada pembayar cukai;
• Memastikan kelicinan pelaksanaan audit dengan gangguan yang minimum kepada pembayar cukai;
• Meminta dokumen, buku akaun dan maklumat-maklumat yang berkaitan sahaja;
• Memastikan hak dan kepentingan pembayar cukai, ejen cukai dan dokumen-dokumen pembayar cukai terpelihara.
4.2.2 Pengenalan Pegawai
Semua pegawai audit membawa kad kuasa yang tertera nama, gambar dan kenyataan bahawa pegawai berkenaan diberi kuasa menyemak buku-buku akaun, dokumen serta rekod di premis pembayar cukai. Pembayar cukai boleh memohon melihat kad tersebut pada bila-bila masa sahaja, dan disyorkan supaya pembayar cukai berbuat demikian sebelum memberi maklumat yang diminta. Pembayar cukai juga boleh menyemak dengan Ketua Cawangan LHDN yang berkenaan jika merasa sangsi terhadap identiti pegawai.
4.3 Pembayar Cukai
4.3.1 Kewajipan Pembayar Cukai
Pembayar cukai diharapkan supaya bersopan, adil dan jujur, memberi kemudahan dan bantuan yang munasabah semasa audit dijalankan. Ini termasuk membenarkan pegawai LHDN memasuki premis perniagaan, memberitahu maklumat dan menyediakan dokumen-dokumen dan rekod-rekod untuk disemak.
Pembayar cukai dikehendaki menjawab semua soalan yang ditanya. Sekiranya kurang jelas, pembayar cukai boleh memohon penjelasan lanjut bagi mengelak kekeliruan. Kebanyakan soalan adalah berhubung dengan perniagaan, tetapi terdapat juga soalansoalan peribadi berhubung dengan perbelanjaan, simpanan, akaun bank, aset-aset dan lain-lain. Pembayar cukai boleh memohon ejen cukai hadir bersama semasa temuduga dijalankan. Kehadiran ejen cukai dapat membantu pembayar cukai dan boleh mempercepatkan proses audit.
LHDN tidak mengharapkan pembayar cukai memberhentikan semua aktiviti perniagaan dan memberi tumpuan kepada audit. Kerjasama pembayar cukai bermakna audit dapat diselesaikan dengan segera serta gangguan yang minimum. Pembayar cukai juga dilarang sama sekali berurusniaga dengan pegawai audit melainkan di bawah syarat-syarat biasa perniagaan.
4.3.2 Memberi Kemudahan dan Bantuan Munasabah
Pembayar cukai dikehendaki menyediakan kemudahan dan bantuan yang munasabah bagi membolehkan pegawai audit menjalankan tugas. Kemudahan dan bantuan yang munasabah melibatkan perkara-perkara berikut:
• Kebenaran memasuki premis;
• Penerangan berhubung system perniagaan, perakaunan dan system maklumat
• kebenaran menyemak dan menyalin rekod, dokumen dan buku akaun sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik;
• Membantu menyediakan rekod, dokumen, buku akaun dan akses kepada sistem maklumat;
• Kemudahan mengguna mesin penyalin, telefon atau alat komunikasi yang lain, peralatan elektrik, ruang pejabat, perabut dan kemudahan sistem salinan elektronik seperti pita, disket atau cakera;
• Pembayar cukai tidak diharapkan menyediakan minuman, makanan dan memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai audit.
4.3.3 Bayaran Kepada Pegawai Audit
Pembayar cukai tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran kepada pegawai audit. Sekiranya ada bayaran cukai berbangkit dari pelarasan audit, bayaran tersebut hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri melalui bank yang dilantik atau mana-mana Cawangan Pungutan LHDN.
4.4 Halangan Ke Atas Pegawai Audit
Halangan ke atas pegawai audit yang menjalankan tugas adalah suatu perkara yang serius dan boleh dikenakan denda jika bersalah. Halangan tersebut melibatkan perkara-perkara berikut:
• Tidak membenarkan pegawai audit memasuki premis untuk melaksanakan tugas audit;
• Gagal memberi bantuan berpatutan bagi melaksanakan kerja-kerja audit;
• Memusnahkan dokumen-dokumen yang mempunyai maklumat penting yang berkaitan;
• Membuat kenyataan palsu;
• Mewujudkan keadaan yang boleh melengahkan kerja-kerja audit.
4.5 Penyelesaian Masalah
Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung audit, pembayar cukai hendaklah merujuk kepada pegawai audit terlebih dahulu. Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, perkara tersebut boleh dirujuk kepada pegawai yang lebih kanan di cawangan yang berkenaan.
5. Penalti
Ketinggalan pendapatan hasil daripada penemuan audit akan dikenakan penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP 1967. Walau bagaimanapun pembayar cukai adalah digalakkan membuat pengakuan secara sukarela sebelum audit dilaksanakan. Semua pengakuan sukarela hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Cawangan yang berkenaan. Kadar penalti
adalah bergantung kepada tempoh antara kesalahan dengan pengakuan sukarela.
Kadar penalti yang dikenakan berhubung dengan aktiviti audit dan pengakuan sukarela adalah seperti berikut:
                                                                                       Tempoh
Kadar
Pengakuan secara sukarela sebelum                         <3 tahun
      dipilih  untuk diaudit                                    
                                                                            1 tahun - < 3 tahun                                                                                 3 tahun - < 5 tahun 
                                                                            5 tahun dan keatas
                             
              15 %
              25 %
                                                                                                                                      40 %

              50 %
Pengakuan secara sukarela selepas pembayar cukai dimaklumkan tetapi sebelumaudit dijalankan
              50 %

Tiada pengakuan ( penemuan ketinggalan semasa kes diaudit)
              60 %
Kesalahan berulang *
        60 % + 10 %

* Bagi kes yang melibatkan kesalahan audit yang berulang, kadar penalti ialah 60% daripada cukai yang dikenakan serta ditambah 10% bagi setiap kali kesalahan dilakukan tetapi tidak melebihi 100%.

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AUDIT DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN DI SEKITAR KAWASAN BANDAR BARU BANGI DAN SEKITARNYA. HUBUNGI 013-6352231 @ EMAILKAN KE norine_acc@yahoo.com.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.